Penggunaan tanda baca Wikipedia:Manual_gaya_penulisan

Dalam kebanyakan kes, gunalah peraturan tanda baca untuk Bahasa Melayu. Beberapa perkara yang mungkin berlainan dihuraikan disini.

Walaupun ini bukan peraturan muktamad, adalah baik sekiranya anda menggunakan "tanda petikan berganda" untuk hampir kesemua petikan kerana ia lebih mudah dibaca dari skrin, dan 'tanda petikan tunggal' untuk "petikan" 'dalam' petikan. Ini merupakan gaya Amerika.

Bagaimanapun, perhatikanlah bahawa masalah tanda petikan tunggal akan timbul ketika anda melakukan carian dengan kemudahan Wikipedia:Pencarian. Anda boleh mencari perkataan anda hanya jika anda mengurungkan perkataan yang dicari dengan tanda petikan tunggal. Oleh sebab ini tidak elok, ini merupakan alasan tambahan untuk menggunakan tanda petikan berganda. Kemungkinan ada baiknya juga untuk menggunakan tanda petikan berganda untuk petikan dalam petikan.

Sewaktu membubuhkan tanda bacaan pada petikan, bubuhkanlah pada tempat yang betul, iaitu di dalam ataupun di luar tanda petikan, mengikut maksud, 'bukan sentiasa dalam tanda petikan. Ini merupakan gaya British. Contohnya:

Arthur mengatakan bahawa keadaan itu "buruk". (Pemetikan sebahagian ayat)Arthur berkata, "Keadaan itu buruk." (Pemetikan ayat penuh)

Ingatlah bahawa jika anda memetikkan beberapa perenggan, setiap perenggan harus mempunyai tanda petikan pada permulaannya, tetapi hanya perenggan terakhir akan mempunyai tanda petikan pada akhir perenggan.

Untuk ketekalan serta untuk mengelakkan keadaan yang rumit, gunakanlah tanda petikan dan koma atas yang lulus sahaja:

' "

bukan yang melengkung ataupun "tanda terbalik":

‘ ’ “ ” `

Jika anda menampal teks daripada Microsoft Word, jangan lupa mematikan ciri "smart quotes". Nyahtandakan ciri dalam AutoEdit serta AutoEdit during typing!